top of page
Search

Che Mat dalam memperjuangkan muzik tradisional

Di setiap negeri mempunyai pejuang-pejuang warisannya. Contohnya, di Kuala Lumpur, pejuangnya ialah Kamarol Baharen yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Di Kelantan dan Terengganu pula pejuang warisannya ialah Che Mat Jusoh.

Menurut Che Mat, muzik tradisional sudah mulai berkembang sedikit demi sedikit. Walau bagaimanapun, ia hanya diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain.


Hal ini demikian kerana, pewarisan seni muzik hanya diwarisi oleh orang tertentu sahaja. Orang yang mewarisi warisan seni muzik ini perlu memiliki minat dan cinta terhadap seni muzik tradisional. Seandainya ia tidak berminat dengan muzik tradisional maka seni muzik ini akan ditelan zaman begitu sahaja dan ia tidak bersungguh-sungguh dalam mempelajarinya.


Generasi sekarang yang lebih menggemari muzik budaya luar seperti K-pop, Arab, Jepun dan sebagainya seakan-akan mengangkat muzik-muzik yang menggunakan rentak pop dan irama budaya luar berbanding muzik tradisional.


“Hal ini menyebabkan, generasi muda sekarang kurang merasai keindahan muzik tradisional pada zaman sekarang. Bahkan, ada sesetengah dari mereka langsung tidak mengetahui tentang alat-alatan muzik tradisional, sejarah, tokoh-tokoh muzik tradisional dan sebagainya. Yang paling menyedihkan apabila genarasi muda hari ini lebih bangga dan mengagungkan budaya luar berbanding budaya di negara sendiri”, tambah ayahanda Che Mat Jusoh.


Perkara ini sangat menyayat hati kerana seharusnya muzik tradisional yang sering dimainkan dan dipaparkan di laman sosial merupakan permulaan muzik atau muzik asas di Malaysia.

Bahkan, kebanyakan muzik tradisional hanya digunakan semasa mempunyai upacara yang penting seperti istiadat raja-raja sahaja. Hal ini menyebabkan peranan muzik tradisional lebih banyak dilihat sebagai pelengkap dalam acara sesuatu majlis sahaja. Keadaan ini telah menenggelamkan kepentingan sebenar muzik tradisional yang pernah dibawa suatu ketika dahulu yang bertujuan untuk membentuk masyarakat dan budaya seperti dahulu.


“Meskipun sekarang institusi awam dan institusi swasta bahkan persekolahan mempunyai mata pelajaran dalam bidang seni tradisional seperti teater, wayang kulit, alatan muzik tradisional dan sebagainya. Keadaan ini tidak seperti dahulu yang hanya dimainkan oleh orang-orang yang tinggal di kampung sahaja, namun dari aspek penghayatan nilai agak sukar ditemui pada masa sekarang”, kata Che Mat Jusoh.


Datuk Haji Che Mat Jusoh duduk di bahagian tengah, manakala di bahagian kanan Che Mat Jusoh ialah Mohd Sany Mohd Hanif dan di bahagian kiri Che Mat Jusoh ialah Doktor Shamshul Bahri Mat Said. (Gambar: Siti Najhwa)




4 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page