Noraniza Idris, penyanyi muzik bergenre etnik pop, etnik dan irama Malaysia merupakan seorang insan seni yang tak asing lagi dalam industri muzik tempatan.
Memiliki suara yang cukup sesuai dengan pitching irama Malaysia membuatkan Noraniza Idris terus yakin untuk menceburi bidnag nyanyian ini. Jolokan "Ratu Irama Malaysia" amatlah layak buat beliau yang merdu mengalunkan lirik-lirik di pentas persembahan. Persembahan yang beliau lakukan wajib disertai para penari berbusana tradisional Melayu, lincah mengatur rentak demi rentak tarian tersebut.
Sesiapa yang tidak terlepas mengikuti perkembangannya dalam usaha memartabatkan alunan irama Malaysia di negara ini, pastinya tahu keputusan beliau untuk fokus pada pencarian bakat-bakat muda dalam irama genre etnik ini.
IRAMA sudah semestinya menyokong usaha yang ingin diambil oleh artis kesayangan ramai ini. Mana tidaknya, ramai pencinta seni tari tradisional dihasilkan daripada institusi seni tempatan, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan seni yang giat mempertahankan kelangsungan seni muzik tradisional tempatan.
Noraniza Idris merupakan artis berpengalaman luas yang sudah banyak kali memenangi pelbagai pertandingan nyanyian di Malaysia. Justeru, dengan pengalaman tersebut, langkah beliau untuk fokus mengasahkan bakat anak-anak muda adalah langkah yang terbaik.
Pandangan beliau dalam beberapa program hiburan di televisyen tentang kriteria pelapis baru irama Malaysia, beliau berkata perkara utama yang diharapkan daripada bakal anak muridnya ialah keinginan yang kuat. Selain itu, semangat enggan mudah berputus asa juga sangat penting kerana dalam melahirkan artis yang berkualiti, latihan demi latihan menjadi bekal utama bagi mereka terus mengutip pengalaman yang dapat menguatkan mereka untuk terus bersemangat dalam bidang seni ini.
Noraniza Idris menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan kerana usahanya yang ingin menjulang genre irama Malaysia ini menjadi antara genre utama dalam pentas nyanyian di negara ini.
Harapan IRAMA, moga para pencinta irama Malaysia terus menyokong usaha penggiat seni yang berjuang memartabatkan alunan irama ini.
Sumber:
1) MStar, boleh diakses pada pautan https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2016/12/29/noraniza-idris-kesal
2) HMetro, boleh diakses pada pautan https://www.hmetro.com.my/node/187994
Comentarii