top of page
Search

Mat Salleh, pengasas dikir barat


Mat Salleh Haji Ahmad (Gambar: Addy Saufi)


Dikir barat merupakan seni warisan budaya masyarakat Kelantan yang dijadikan sebagai hiburan. Dikir barat merupakan persebahan di mana terdiri daripada sebuah kumpulan, mereka akan balas-membalas pantun kemudian diikut oleh suara latar iaitu awak-awak. Dikir Barat kebiasaannya dipersembah di majlis-majlis sambutan, majlis perkahwinan, di musim menuai padi dan sebagainya.


Mat Salleh bin Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Leh Tapang merupakan pengasas dikir barat. Tokoh berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu, Kelantan ini telah dilahirkan pada 1927.


Beliau telah menceburi bidang Dikir Barat sejak tahun 1940 dengan mengubah bentuk permainan yang sedia ada. Jadi jika dibanding dengan dikir di Siam adalah Dikir Barat diselit dengan pantung, syair, puisi dan sebagainya. Nama Dikir Barat juga terhasil dari idea beliau iaitu gabungan dikir dari Siam dan dan Kelantan.


Pak Leh Tapang banyak menyelit unsur positif, pendidikan, nasihat, dakwah dan sebagainya dalam setiap lirik yang diciptanya supaya para pendengar boleh belajar sambil berhibur. Tujuan adalah supaya pendengar mengambilnya sebagai iktibar dan aplikasikannya dalam kehidupan seharian. Perjuangan Pak Leh dalam mengembangkan seni Dikir Barat yang bermula di bangsal kecil telah meningkat kepada majlis-majlis rasmi, seperti siaran di televisyen, radio, malah majlis-majlis di istana.


Alatan muzik yang dimainkan semasa Dikir Barat adalah seperti berikut:


1) Gong atau tetawak merupakan instrument utama dalam persembahan Dikir Barat yang tergolong dalam alatan muzik idiofon. Setiap gong dibezakan dengan saiz yang berbeza yang menghasilkan bunyi yang berbeza.


2) Canang merupakan sejenis alat muzik keluarga gong yang berukuran kecil. Muka canang ada tombol kecil dan di situlah tempat untuk dipukul dengan kayu pemukulnya. Tukang Karut atau Tok Juara akan memainkan canang ketika salah seorang daripada mereka sedang bernyanyi.


3) Buah romba atau nama lainnya adalah marakas juga digunakan dalam Dikir Barat. Buah romba diperbuat daripada kayu atau plastic atau tempurung kelapa. Ia dijadikan bentuk yang bulat dan dimasukkan biji-biji batu kecil supaya bunyi dapat terhasil.


4) Rebana pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu rebana ibu dan rebana anak, kedua-duanya digunakan dalam muzik Dikir Barat. Kulit muka rebana adalah diperbuat daripada kulit kambing. Selain Dikir Barat, rebana juga sering dipermain untuk iringi lagu-lagu tradisional Malaysia.

41 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page