Peranan alat muzik tradisi kebanyakannya dilihat sebagai pelengkap kepada sesuatu seni persembahan yang mempunyai kepentingan dalam warisan kurun-kemurun pada masa ini kerana ia merupakan simbol membentuk masyarakat dan budaya terdahulu.
Diibaratkan seandainya pada masa dahulu irama muzik menjadi halwa telinga masyarakat dahulu kala, kini apabila mengjengah ke dunia moden, ia dilihat semakin dilupakan kerana teknologi pada masa ini telah mengatasi minat generasi muda untuk cenderung kepada muzik yang lebih rancak dan bermelodi.
Menurut pengarah muzik, Rohana Husin semasa temubual bersama wartawan Berita Harian, berkata, sejarah alat muzik yang sudah bermula sejak era prasejarah telah memperlihatkan bagaimana ia boleh berkait dengan pelbagai sisi dalam kehidupan manusia termasuk dalam sistem kepercayaan dan struktur sosial masyarakat.
Pada masa ini, kemajuan teknologi banyak meninggalkan kesan terhadap corak dan budaya dalam sesebuah muzik sedunia. Kecanggihan alat rakaman dan pelbagai jenis alat muzik yang menggunakan teknologi baru agar dapat menghasilkan bunyi-bunyian yang unik dan menarik. Perubahan teknologi yang terkini bersesuaian dengan cita rasa dan kehendak penggemar muzik dan pendengar secara umum.
Ahli masyarakat tradisional masa lalu menggunakan nyanyian-nyanyian ini untuk mendidik dan bukan sekadar menghibur. Ada pelbagai jenis hasil karya yang telah diciptakan seperti puisi tradisional yang berkaitan dengan lagu-lagu rakyat. Menurut Aripin Said di dalam buku Lagu Rakyat, kajian sastera lama seperti syair, gurindam, seloka dan beberapa puisi yang lain, mempunyai pengaruh luar atau asing khususnya dari Arab dan Parsi.
Menurut Noorhaqmal Mohamed Noor, fungsi unsur didaktik di dalam lagu tradisional ini hanya dapat direalisasikan dengan kewujudan seni kata di dalamnya. Fungsi bahasa yang menggunakan hal-hal seperti nasihat, tunjuk ajar, kisah tauladan, dan sebagainya mengikut kehendak pemuzik.
Sebagai contoh, lagu Getaran Jiwa yang mula diilhamkan seniman P. Ramlee pada tahun 60-an diberi nafas baru oleh kumpulan KRU daripada Malaysia, pada tahun 1997. Menurut Matusky, muzik Melayu sesuai dibahagikan kepada tiga iaitu pertama lagu-lagu klasik termasuk muzik istana dan muzik persembahan tradisional. Kedua, lagu-lagu rakyat adalah lagu-lagu zaman tradisional yang diilhamkan oleh golongan bawahan. Yang ketiga, muzik kontemporari dan popular.
Sumber rujukan:
コメント