Muzik tradisional di Malaysia semakin pudar dan jarang dimainkan oleh golongan muda pada masa kini. Tidak dinafikan masih ada segelintir yang berusaha mengekalkan warisan tradisi masyrakat ini. Namun masih ada jurang berbanding perkembangan muzik trandisional dan muzik moden.
Peralatan muzik memberi banyak fungsi dalam masyarakat, antaranya adalah sebagai hiburan, perkembangan budaya dan juga digunakan dalam sastera.
Walaupun melalui perkembangan teknologi moden yang menghasilkan pelbagai peralatan muzik yang canggih, namun muzik tradisional tidak sepatutnya dilupakan kerana ia merupakan identiti yang membentuk budaya Malaysia.
Pelbagai peralatan muzik tradisional dari pelbagai kaum yang patut dibanggakan oleh kita semua sebagai contoh ensemble sape dari kaum Kenyah, pipa dari kaum Cina, gamelan dari kaum Melayu, dholak dari kaum India dan sebagainya.
Kekurangan akses untuk mempelajari peralatan muzik juga menjadikan penyebab golongan muda tidak menceburi bidang muzik tradisional. Akses untuk belajar peralatan muzik tradisional agak terhad berbanding belajar peralatan muzik moden yang banyak boleh didapati di internet.
Pihak kerajaan sepatutnya memperbanyak platform-platform untuk golongan muda mempelajari bidang ini sebagai contoh video tunjuk ajar di jaringan sosial. Usaha keras perlu dilakukan supaya seni warisan muzik itu tidak terus hilang ditelan zaman.
Pihak sekolah dan institusi tinggi juga boleh menyediakan peralatan muzik tradisional lengkap bagi memberi pendedahan mengenai warisan tradisi segaligus menarik minat golongan muda untuk mempelajari peralatan muzik tradisional.
Orang ramai berkemahiran dalam muzik tradisional juga boleh mengambil bahagian dalam usaha membangunkan lagi industrik muzik tradisional dengan mengadakan kelas muzik yang terbuka kepada sesiapa yang ingin mempelajari muzik tradisional.
Jadi dengan harapan agar berkurangnya jurang antara muzik tradisional dan moden, berharap bahawa budaya unik kita dikenali diperingkat dunia. Kita semua perlu bangga dengan identiti unik yang dimiliki oleh budaya kita sendiri.
Sumber gambar:
Comments