Seorang yang bersenjatakan pelbagai bakat, Tan Sri P Ramlee berjaya mengaut hati rakyat Malaysia dengan kebolehan dan kemahirannya sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi, penggubah lagu dan penerbit. Kebanyakan daripada kita sudah pasti gembira sekiranya berjaya sebagai salah satu daripada bakat Tan Sri P Ramlee.
Beliau sememangnya telah menunjukkan simptom-simptom seorang yang lebih berotak kanan sejak kecil lagi.
Alangkah bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia dengan keputusan beliau untuk menjurus ke dalam dunia kesenian dan tidak mencuba untuk menjadi Pele atau Maradona, walaupun besar kemungkinan untuk beliau berjaya di situ juga.
Setelah perang di Tanah Melayu tamat, beliau meneruskan usaha beliau untuk menimba ilmu. Dengan memulakan jejak kaki ke Singapura besertakan berkat penerbit adik-beradik Shaw, Tan Sri P. Ramlee diberikan permulaan dalam kerjaya pelakonan. Chinta merupakan nama filem pertama beliau yang diarahkan oleh B.S Rajhans, sebuah pengarah ternama dari India.
Sekiranya terdengar sahaja frasa ‘Getaran Jiwa’, sudah pasti ramai rakyat Malaysia teringatkan melodi dan lirik ikonik tersebut kerana ‘tak mungkin hilang irama dan lagu’. Tan Sri P. Ramlee bukan sahaja telah meninggalkan kita dengan semua karyanya untuk dinikmati malah juga telah meninggalkan sebuah warisan krreatif yang telah menginspirasi dan memupuk ramai artis dan rakyat jelata ke arah irama tradisional.
Tahun 1960-an menandakan sebuah penukaran dari segi hiburan. Kemunculan filem bewarna dari Hong Kong, Indonesia dan Hollywood beserta dengan penukaran cita rasa musik ke genre pop, rock dan reggae telah menyebabkan kemunduran dalam kebolehpasaran Tan Sri P. Ramlee. Beliau kehilangan kontrak dan filemnya tidak berjaya.
Penukaran cita rasa dan kemajuan dalam teknologi telah menjadikan musik tradisional kian dilupakan dan dipinggirkan. Masyarakat kini mempunyai dua alternatif yang boleh berlaku. Irama tradisional boleh pupus dan hanya dihargai setelah pemergiannya seperti riwayat Tan Sri P. Ramlee atau boleh dipelihara dan dipulihara agar sentiasa kekal untuk dinikmati dan dihargai.
Irama tradisional bukan sahaja harus dihargai kerana sumbangannya terhadap kemunculan irama moden malah irama tradisional juga merupakan produk kesenian yang tidak ternilai, seperti ikon yang menjunjung nama Malaysia di hatinya, Tan Sri P. Ramlee. Keduaduanya harus dipelihara ke akhir zaman.
Comments