Apakah perasaan anda apabila mendengar atau melihat lirik ‘ulik mayang? Ramai yang akan merasa seram dan takut. Hal ini demikian kerana, ramai yang menganggap lagu tersebut sebagai lagu yang mempunyai unsur mistik.
Selain itu, terdapat juga artis yang pernah menyanyikan semula lagu tersebut. Salah satu penyanyi terkenal ialah Nor Zila Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Ella. Beliau juga digelar sebagai ‘Ratu Rock’ di Malaysia.
Walau bagaimanapun, adakah anda tahu apakah maksud atau definisi ulik mayang itu sendiri dan apakah kegunaan lagu tersebut dalam masyarakat Melayu dahulu?
Ulik mayang merupakan tarian tradisional yang terkenal dalam kalangan rakyat Pantai Timur khususnya iaitu di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Masyarakat Pahang menggelarkan tarian tersebut sebagai ugam mayang. Namun begitu, perkataan ulik dan ugam membawa maksud yang sama iaitu menghiburkan sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang ingatan.
Lagu ulik mayang sebenarnya dilakukan adalah bagi tujuan pemujaan. Selain itu, disebabkan masyarakat Melayu pada zaman dahulu mengamalkan kepercayaan animisme, lagu tersebut juga dipercayai boleh menghalau roh jahat dan juga digunakan dalam tujuan bidang perubatan.
Dalam bidang perubatan, lagu tersebut merupakan bacaan jampi mantera disertai dengan tarian yang tidak teratur tetapi mempunyai kaitan dengan rentak muzik yang dimainkan. Tarian tersebut dipercayai untuk memanggil roh untuk masuk ke dalam badan pesakit. Selepas pemujaan itu dilakukan, dipercayai bahawa keadaan pesakit akan lebih baik daripada sebelumnya.
Pada zaman sekarang, kebanyakan lagu tersebut dimainkan bukan untuk pemujaan tetapi lebih kepada kebudayaan seni tarian. Tarian tersebut selalunya akan dipersembahkan untuk menyambut tetamu atau pelancong.
Sumber gambar: https://www.meremang.my/mistik/asal-usul-ulek-mayang/
Sumber:
Commentaires