(Foto: Instagram Farees Asri)
Usia muda kini bukanlah penghalang untuk anak muda memberi inspirasi kepada generasi muda yang lain. Muhamad Farees Mohd Asri atau lebih senang disapa Farees, menyatakan bahawa usia muda wajar dimanfaatkan dengan mencari ilmu sebanyak mungkin dalam bidang yang kita ingin ceburi.
Beliau menceburi seni tari tradisional seawal usia kanak-kanak. Kini, Farees aktif dalam persembahan tarian di fakulti dan melakukan kerja sambilan sebagai seorang jurutari.
Dalam perkongsian Inspirasi Anak Muda, Farees tidak lokek berkongsi ilmu seni tarian ini kepada IRAMA dan penonton. Beliau menyatakan minat menjadi perkara pertama yang akan mendorong kita untuk terus belajar menguasai sesuatu bidang.
Farees ingin mengajak generasi baharu agar berminat dan cenderung untuk mendalami ilmu pengetahuan mengenai tarian tradisional Malaysia.
“Jika bukan kita, siapa lagi yang akan mencintai dan menghargai kepelbagaian tradisional yang ada di Malaysia ini. Tidak mengapa jika bidang seni tari bukan cita-cita anda, namun berusahalah untuk menghadirkan semangat cinta akan warisan tempatan ini iaitu dengan menghormati dan mempelajari sedikit sebanyak pengetahuan am mengenai tarian di negara ini,” ulas Farees ketika ditanya mengenai harapan beliau terhadap perkembangan seni tarian tradisional pada masa akan datang.
Video yang pernah 'viral' di media sosial. (Video: Instagram Farees Asri)
Comments