Lagu Melayu asli sering dikaitkan dengan dunia Melayu lama yang merangkumi negara Malayia, Indonesia, sebahagian Negara Thai, Kampuchea dan Filipina. Dari sudut konteks budaya di Malaysia, Malaysia banyak dipengaruhi oleh kesan kebudayaan dan kesenian serantau. Menurut Mohamed Ghouse Nasuruddin, Negara Timur Tengah, India dan China turut mempengaruhi kesenian Melayu melalui interaksi sosio-budaya. Hal ini menyebabkan wujud dan terhasilnya kepelbagaian genre di rantau ni.
Antara tokoh muzik ialah Hamzah Dolmat. Hamzah Dolmat seorang pengemar, pemuzik dan peminat Muzik Melayu Asli. Beliau merupakan anak kelahiran Kalang Batin, Singapura. Menurut Nik Shareena Rosny, Hamzah Dolmat sangat terkenal dengan permainan violin yang unik dan menarik, hal ini telah menyebabkan beliau diangkat sebagai Raja Biola.
Gambar 1: diambil dari Nik Shareena Rosny (2018), Latar Belakang Ornamentasi.
Selain itu, kemunculan seniman agong P.Ramlee. Nama sebenar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih merupakan seorang tokoh yang serba boleh dan termasyur di rantau Asia suatu masa dahulu. Bahkan, menurut Mohd Kasri Saidon, beliau sangat berbakat dalam bidang lakonan, seni suara atau hasilan muzik yang telah menyebabkan ramai yang tertarik pada dekad 1950-an dan 60-an khususnya di Asia Tenggara
Tidak lengkap sekiranya hanya pemain muzik dan penyanyi muzik sahaja tanpa penulis lirik. Pada zaman dahulu ada penulis lirik yang germilang iaitu Syed Sudarmaji bin Syed Abdullah. Menurut Muhammad Ttuyup, Syed Sudarmaji merupakan anak kelahiran Jogjakarta, Indonesia pada tahun 1942. Kelebihan beliau dalam menulis lirik, berlakon, menyanyi lagu-lagu keroncong dan boleh menari dalam tarian Jawa dan Bali. Antara hasil karya beliau ialah lirik lagu dalam filem Anjuran Nasib yang dihasilkan oleh P.Ramlee. keakrabannya bersama Tan Sri P,Ramlee telah membolehkan beliau menghasilkan lagu-lagu yang seolah-olah meluah atau menggambarkan perasaan watak tersebut. Sebagai contoh, dalam filem Ibu Mertuaku, Jeritan Batinku dan Di mana kan ku cari.
Masih ada lagi tokoh-tokoh yang belum diceritakan, kalau nak tahu tunggu di episode yang seterusnya.
Sumber rujukan:
Kommentare