Salah satu persembahan SOC USM (Foto: Facebook SOC USM)
Sekretariat Orkestra Cina (SOC) merupakan suatu kunpulan orkestra Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengumpulkan beberapa mahasiswa-mahasiswi yang menggemari orkestra cina. SOC telah ditubuhkan pada 5 Oktober 2009.
Matlamat utama mereka adalah untuk mempromosikan dan mewariskan budaya muzik tradisional cina, memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswi USM untuk memperkembangkan bakat mereka dari aspek muzik dan juga meningkatkan minat komuniti USM untuk mempelajari alat muzik tradisional cina.
Latihan alat muzik mereka bukan diajar oleh jurulatih yang mempunyai pengkhususan dalam muzik orkestra cina tetapi diajar oleh ahli-ahli mereka sendiri yang berpengalaman.
Menurut Yang DiPertua SOC, Chen Zhuo Feng, terdapat lima kategori alat muzik dalam orchestra tersebut. “Antara kategori-kategori tersebut ialah bahagian alat tiup kayu, bahagian bowed-string (alat bertali yang digesek), bahagian plucked string (alat bertali yang dipetik) bahagian perkusi, dan bahagian bass,” tambah beliau.
Kategori alat muzik dalam SOC (Infografik: SOC)
Chen menyatakan bahawa beliau hanya berpeluang untuk belajar selepas menyertai SOC. Teknik untuk memainkan alat muzik memerlukan masa yang lama tetapi jangan malu untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman.
“Saya dan kebanyakan ahli SOC sebenarnya tidak mempunyai pengalaman dalam alat muzik,” jelas Chen.
Persembahan SOC USM. (Video: Youtube SOC USM)
Comments