Poster Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. (Poster: Les Copaque)
Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal merupakan salah satu filem animasi yang telah memecah panggung di Malaysia.
Filem tersebut bukan sahaja telah menarik penonton dari kalangan generasi muda, malah golongan dewasa juga. Hal ini demikian kerana filem tersebut telah mengembalikan watak-watak dongeng.
Salah satu babak yang telah menjadi perhatian penonton filem tersebut ialah nyanyian Ernie Zakri yang memegang watak Bawang Merah yang berjudul 'Buai Laju-Laju'.
Lagu 'Buai Laju-Laju' oleh Ernie Zakri. (Video- Les Copaque)
Namun, tahukah anda bahawa lagu tersebut telah diinspirasikan oleh lagu yang terdapat dalam filem Bawang Putih Bawang Merah pada tahun 1959 yang berjudul "Laju-Laju Buaiku Laju' yang dinyanyikan oleh Kamariah Noor.
Nyanyian daripada Kamariah Noor. Bawang Merah dilakonkan oleh Latifah Omar.
Persamaan antara kedua-dua filem tersebut adalah apabila Bawang Merah menyanyikan lagu tersebut semasa bermain buaian. Walau bagaimanapun, nyanyian lagu filem 1959 tersebut bukanlah daripada pelakon tersebut iaitu Latifah Omar.
Selain itu, lagu 'Keris Sakti' nyanyian Fakhrul Razi yang membawa watak Nakhoda Ragam juga telah mendapat perhatian. kedua-dua Fakhrul Razi dan Nakhoda Ragam berasal dari Brunei.
Nyanyian Keris Sakti oleh Fakhrul Razi. (Video: Les Copaque)
Bagi sesiapa yang belum menonton filem tersebut, jangan lupa untuk menontonnya. Gabungan grafik, lagu dan cerita akan menyentuh perasaan penonton.
Comments