top of page
Search

Tarian bharathanatyam, usaha ke Arangetram


Tarian ‘bharathanatyam’ (Gambar: Joachim James dan Sathira Malar)


Tarian ‘bharatham’ merupakan salah satu tarian tertua yang berasal dan popular oleh India Selatan, terutamanya Tamil Nadu. “Bharatham dulunya digunakan sebagai tarian upacara kuil dan merupakan sebuah tarian yang digunakan untuk mengekspresikan dan menceritakan cerita-cerita keagamaan Hindu”, kata Santhira.


Tarian ini boleh dicirikan melalui pergerakan membengkokkan kaki serta penggunaan tapak kaki untuk menhasilkan irama. Tangan pula digunakan untuk menghasilkan siri gerak isyarat yang dikenali sebagai ‘mudras’ untuk menghasilkan keupayaan penceritaan. Tarian ‘bharathanatyam’ merupakan sebuah kombinasi antara emosi, lagu, irama dan ekspresi muka.


Sebagaimana dengan tarian-tarian lain, setiap insan yang mempelajarinya mempunyai pilihan untuk menggunakan ilmu yang dipelajari untuk memuaskan diri semasa masa lapang atau untuk terus berusaha dan menguasai kebolehan tarian tersebut. Dalam tarian ‘bharatanatyam’, kemuncak penguasaan dikecapai melalui sebuah acara yang dikenali sebagai ‘arangetram’ yang dilaksanakan di India.


“Perkataan ‘arangam’ dalam bahasa Tamil membawa maksud pentas manakala ‘etram’ pula membawa maksud perbuatan menaiki. Dengan itu, ‘arangetram’, secara keseluruhannya membawa maksud untuk menaiki pentas. Upacara ini merupakan sebuah tarian graduasi awam yang dilaksanakan hanya setelah kesemua latihan tarian dilaksanakan”, kongsi saudari Santhira Malar.


Namun, untuk ke puncak, seseorang itu mesti mendaki, kerana tiada kejayaan yang datang bergulung. Latihan untuk tarian ‘bharathanatyam’ tidak mudah dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat.



6 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page