Persembahan throat singing oleh Zarina Kopryna di persidangan Eco Bioneers
Gambar: Instagram @zarinakopryna
Seni throat singing ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia sering diamalkan oleh masyarakat Orang Asli di pelbagai rantau dunia. Penggiat seni throat singing, Zarina Kopryna telah berkongsikan pengalaman dan kisah bagaimana mereka mulabergiat sebagai seniman throat singing.
Zarina merupakan peserta America’s Got Talent 2020, dan juga pengasas projek muzik Olox Artic Siberian.
Menurut Zarina, seni throat singing adalah sesuatu yang tidak asing lagi dalam masyarakat yang tinggal di kawasan tundra Siberia. Beliau merupakan ahli puak Orang Asli Chuckchi yang berasal dari Yakust, Yakutia yang terletak di kawasan Artik di Siberia. Puak beliau merupakan sebahagian daripada golongan minoriti di kawasan Utara Yakutia di mana keadaan kehidupan sangat mencabar.
"Minat terhadap seni throat singing telah tersemai dalam diri saya kerana ahli-ahli komuniti puak dan keluarga saya telah mengajar teknik throat singing sejak kami kecil lagi. Ia merupakan tradisi kami dan seni ini merupakan seni warisan turun termurun lagi," tambah Zarina.
Zarina menggunakan kedua aspek iaitu throat singing dan beatbox untuk menghasilkan genre muzik baru yang dinamakan Artic Beatbox. Walaupun beliau masih menggunakan elemen bunyi yang sama dengan throat singing, namun, irama, nada dan tempo lagu saya mirip irama lagu moden seperti beatbox. Ia memberi nafas baharu terhadap seni tradisi masyarakat Chukchi.
"Walau bagaimanapun, perubahan baharu ini bukanlah perlambangan terhadap perubahan tugas saya sebagai berdasarkan kepercayaan kepawangan puak Chukchi kerana saya tidak merasakan saya mampu untuk menjadi seorang pawang dalam masyarakat saya," jelas Zarina.
Beliau juga berpendapat bahawa kewujudan media sosial seperti TikTok video Youtube memberi akses kepada pelbagai ahli masyarakat lain akan throat singing. Malah, beliau sendiri telah mempunyai seramai 500 orang pelajar yang belajar tentang throat singing bersama saya.
Comentários